Tahukah anda risiko tabiat suka tahan kencing yang lama

bahaya-menahan-kencing
Buang air kecil atau kencing merupakan proses pembuangan sisa-sisa selepas proses penghadaman. Tapi korang tahu tak tabiat suka menahan kencing untuk tempoh yang lama sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan? Eh bukan tu je tau! Benda tu juga boleh kacau proses penyingkiran sisa-sisa dari tubuh badan.
Korang rasa korang ni salah seorang dari golongan tu ke? Kalau ya, korang dah boleh hentikan tabiat tu sebab kalau korang biarkan benda tu terus terjadi, banyak risiko yang berkaitan dengan saluran kencing yang korang akan dapat! Nak tahu apa dia? Antaranya:
  • Menyekat penyingkiran sisa atau kotoran dari badan
Sisa-sisa atau kotoran akan ada dalam badan kita dalam tempoh yang agak laaaa……ma! Bukan sisa je tau tapi kotoran! Bahaya weh sebab benda tu boleh menyebabkan infeksi pada saluran kencing kalau dibiarkan terlalu lama dalam badan kita.
  • Merosakkan organ penghadaman
Proses penghadaman akan terganggu setiap kali kita tahan kencing untuk tempoh yang lama dan benda ni akan kasi kesan kepada organ-organ yang terlibat dalam proses penghadaman, buah pinggang dan saluran kencing.
  • Kelancaran proses penghadaman akan terjejas
Bukan sahaja organ penghadaman akan rosak tetapi bila kita tahan kencing, proses penghadaman yang seterusnya turut akan terjejas.
  • Infeksi dan risiko penyakit pada organ penghadaman
Tabiat suka tahan kencing boleh meningkatkan risiko terkena pelbagai jenis penyakit macam pembentukkan batu dalam buah pinggang hasil dari air kencing yang mengeras selepas terkumpul untuk tempoh yang lama. Haaa ini la yang orang kata ‘batu karang’. Korang juga boleh rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. Keadaan akan jadi lagi teruk, bila ada individu yang tidak dapat kencing akibat kerosakkan saluran kencing.
  • Infeksi pada saluran kencing
Sebenarnya air kencing mengandungi banyak bakteria dan kotoran yang boleh menjejaskan kesihatan. Bila kita tahan kencing untuk tempoh yang lama, bakteria akan mula melekat pada saluran kencing dan menyebabkan berlakunya infeksi pada saluran kencing.
Untuk pastikan organ penghadaman dan saluran kencing dapat berfungsi dengan baik, pastikan korang minum air secukupnya dan hentikan tabiat suka menahan kencing tu tau! BAHAYA!
Sumber : tokeinfo

0 comment... add one now