Header Ads

Tahniah! Hafidz Roshdi dan pasangannya selamat diijabkabul kelmarin


Tahniah Hafidz Roshdi Selamat Diijabkabul Dengan Pasangan
















SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi dan pasangan Nurul Shuhada Mat Shukri kerana telah selamat diijabkabul menjadi pasangan suami isteri.

Berita gembira pasangan mempelai itu dikongsikan oleh Hafidz sendiri melalui laman Instagram miliknya. Majlis pernikahan pelakon Tundukkan Playboy Itu bersama pasangan berlangsung sekitar jam 11 pagi, Sabtu di kediaman pihak perempuan di Perlis.
Tahniah Hafidz Roshdi Selamat Diijabkabul Dengan Pasangan
Hafidz berkenalan dengan isteri tercinta semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor.
Tanggal 30 November tahun lalu, pelakon ini telah mengikat tali pertunangan bersama Nurul Shuhada dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini dan Alhamdulillah doa pasangan ini dimakbulkan Tuhan.

Ternyata 30 April menjadi tarikh keramat buat pasangan mempelai ini. Gambar pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini telah dikongsikan lebih 25 ribu dan menerima lebih 2,116 komen.

Rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka. “Alhamdulillah….semoga kekal hingga ke jannah….selamat pengantin baru…,” tulis Tursinaaswati.

Manakala Eylaamazlan pula memberi komen; “Omg!! Humble nyaaa awk ni. Selamat pengantin baru n semoga berbahagiaa hinggah ke jannah.”

No comments

Powered by Blogger.