Syanie redha, punca penceraian mungkin bekas suaminya tak hargainya!

Baru-baru ini, hangat di portal-portal hiburan mengenai perbalahan antara pelakon Syanie atau nama sebenar Syaniza Hisham bersama bekas suami, Nadi Putera. Namun jodoh antara dua pasangan ini tidak panjang dan disahkan bercerai pada 23 Februari lalu.
 
Walau bagaimanapun, Syanie redha dengan ketentuan illahi dan menganggap segala ujian ada hikmahnya. Tambah Syanie, punca penceraian biarlah menjadi rahsia mereka berdua tetapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Syanie menampakkan penceraian berlaku disebabkan bekas suami tidak tahu menghargai dirinya sebagai isteri,
 

Tahap kesabaran ada batasnya. Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya”
 
Sebelum ini Syanie difahamkan bertindak merahsiakan kegoyahan rumah tangga sehingga bekas suami sendiri membuka akaun baru Facebook dengan berstatuskan ‘single’ yang menyebabkan orang ramai mula membuat persepsi  negatif mengenai rumah tangga mereka
 
Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan

0 comment... add one now