Syafie Naswip nafi bercinta pelakon jelita, Nadia Brian muatnaik gambar di Instagram!

Baru-baru ini, Syafie Naswip dan Nadia Brian kerap memuat naik beberapa gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.




Ditanya adakah mereka sedang hangat bercinta, Syafie Naswip, 24, menafikan sudah mempunyai bibit cinta dengan pelakon baharu berkenaan selain bertujuan untuk promosi awal kepada drama terbaru mereka, Sape Dari Itali.


"Kami belum lagi sampai ke tahap bercinta itu cuma saya selesa bekerja dengan dia biarpun dia pelakon baharu, tapi dia berbakat dalam bidang lakonan ini.

"Selain mencari keserasian sebagai gandingan, kami saja-saja bergambar bersama untuk tujuan promosi awal drama tersebut yang bakal disiarkan di tidak lama lagi,"
 ujarnya.
Antara foto yang dimuat naik Syafie bersama Nadia Brian.
Syafie berkata demikian ketika diminat mengulas tentang beberapa gambar mesra bersama pelakon Nadia Brian yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya dia dan wanita berkenaan.


Foto-foto tersebut juga mendapat maklum balas positif peminat dan beberapa rakan artis yang menyokong hubungan tersebut.

0 comment... add one now