Suami isteri yang sering bertengkar berpotensi risiko obesiti

suami-isteri
Bak kata peribahasa, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Wah gitchew! Tapi kalau kerap sangat bertengkar pun tak boleh juga uolls! Sebab benda tu akan membawa kepada banyak kesan negatif bukan sahaja dalam perhubungan tapi kesihatan juga!
Menurut satu kajian, lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah kemurungan gara-gara kerap bertengkar dengan pasangan boleh meningkatkan risiko obesiti di kalangan orang dewasa, kerana ia memberi kesan terhadap cara badan manusia memproses makanan berlemak tinggi. Badan individu seperti ini akan mengalami susutan dalam memproses makanan berlemak.
Pasangan seperti ini juga memiliki kadar insulin yang lebih tinggi, dimana ia menyumbang kepada penyimpanan lemak, dan menggalakkan trigliserida iaitu sejenis bentuk lemak dalam darah selepas makan makanan yang berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.
Wanita yang sedang stress akan mengalami pertambahan berat badan kerana metabolisme mereka menurun. Penemuan ini bukan sahaja mengenal pasti bagaimana stress kronik boleh menyebabkan kegemukan, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya untuk merawat gangguan perasaan yang akan memberi impak buruk kepada kesihatan fizikal anda.
So kalau boleh elakkan lah dari stress ye uolls! Kalau setakat benda-benda remeh ni, tak payah nak fikir sangat lah. Elakkan dari perasaan marah dengan selalu senyum dan berfikiran positif.
Sumber : wanista

0 comment... add one now