'Smash' Lee Chong Wei dinobat terpantas dunia, lebih laju kereta Bugatti Veyron!



Pukulan smash dari jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini dinobat pukulan terpantas dunia dengan kelajuan 408 kilometer sejam (km/j), 1km/j lebih laju kereta Bugatti Veyron EB 16.4 yang mempunya kelajuan maksimum pada 407 km/j.

Pukulan itu dibuat oleh Chong Wei ketika menjuari Kejohanann Terbuka Hong Kong 2015 yang berlangsung di Coliseum Hung Hom ketika itu.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata,  kelajuan pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei itu telah direkod dan diukur dengan menggunakan teknologi Hawk Eye yang telah diguna pakai dalam beberapa kejohanan utama sejak September tahun lalu.

Rekod itu bagaimanapun diekori rapat oleh rekod yang dipegang oleh bintang Denmark, Jan O Jorgensen yang berjaya mencatat kelajuan 407 km/j pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2016 pada April.

Lin dan pula merekodkan pukulan smash paling laju 401 km/j.

Bagi kategori wanita pula, pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon dinobat memegang rekod pukulan smash paling laju dengan kepantasan 372 km/j.

0 comment... add one now