Sir Edmund Hillary orang pertama berjaya mendaki Gunung Everest

Saya yakin anda hanya pernah mendengar atau tahu akan pendaki-pendaki yang menjejaki Gunung Everest....tapi tak pernah tahu siapakah orang pertama yang menawan gunung tertinggi itu. Di mana beliau asal??? Bilakah tahun beliau berjaya tawan di puncak gunung maut itu???...di sini saya ungkapkan....!!!

Sebenarnya tujuan saya menulis entri ini imbas kembali filem berjudul Everest yang pernah ditayangkan di pawagam....saya teringat akan filem itu yang mengisahkan kejadian sebenar berlaku pada tahun 1996. Bayangkan lah saya dah ulang 4 kali filem itu. Mungkin aku terasa terharu kisah perjalanan itu...


Aku mula terfikir siapakah orang pertama menjejaki Gunung Everest? Persoalan begitu membuat aku mula research dan tahu akan Edmund Hillary rupa-rupanya orang pertama yang berjaya mendaki gunung itu pada tahun 1953. Ni aku citer sikit biografi beliau dan kisah hidupnya...

Sir Edmund Percival Hillary adalah pengembara dan pendaki gunung kelahiran New Zealand yang paling terkenal dalam sejarah manusia. Beliau merupakan orang pertama yang berjaya mendaki Gunung Everest hingga ke puncak setinggi 8,850 meter pada 29 Mei 1953 bersama dengan pemandu Sherpa, Tenzing Norgay.

Hasil kejayaan beliau tahun 1953, Edmund Hillary dianugerahkan darjat Knight Commander of the Order of the British Empire pada 16 Julai 1953 dari Ratu Elizabeth dengan panggilan 'Sir'. Selepas itu, beliau juga menyertai beberapa lagi ekspedisi 10 puncak lain di Himalaya dan juga mengetuai kumpulan ekspedisi pertama berkenderaan ke Kutub Selatan.


Gambar ini laluan Edmund Hillary yang digunakan untuk mendaki Gunung Everest bersama jurupandu, Tenzing Norgay 
Saya kongsi sedikit gambar beliau bersama jurupandunya ketika pendakian di Gunung Everest 
Sir Edmund Hillary bersama Tenzing selepas turun daripada puncak Everest pada 1953

Sir Edmund Hillary selepas mengikuti kapal terbang pertama mendarat di landasan Marble Point - Antartika
Sir Edmund Hillary kemungkinan rakyat New Zealand pertama dipaparkan dalam wang kertas walaupun beliau masih hidup.
Edmund Hillary pada wang 5 dolar New Zealand
Pada 11 Januari 2008, beliau meninggal dunia ketika usia 88 tahun akibat serangan jantung. Walaupun beliau telah meninggal dunia, tetapi namanya tetap terpahat dalam sejarah tamadun manusia sebagai pendaki gunung pertama menjejaki puncak Gunung Everest.

Gambar Hillary ketika usia tua.

Di bawah berikut kronologi Hillary :

• 1919 Lahir di Auckland, New Zealand
• 1939 Pendakian puncak utama pertama, Gunung Oliver
• 1943-1945 Berkhidmat sebagai jurumudi bot Catalina pada Perang Dunia Kedua
• 29 Mei 1953 Pendaki pertama sampai ke puncak Gunung Everest
• 1953 Menerima gelaran Sir dari Ratu Elizabeth
• 1958 Mengetuai kumpulan ekspedisi pertama berkenderaan ke Kutub Selatan
• 1975 Isteri, Louise dan anak bongsu perempuan, Belinda terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal
• 1989 Mengahwini teman lama, June Mulgrew

Sumber - wikipedia , BBC News 

0 comment... add one now