Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta (TV3) Slot Akasia

Drama Seindah Takdir Cinta Di Slot Akasia
Buat anda yang mencari Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta yang bakal bersiaran pada 25 Mei di Slot Akasia TV3 dalam artikel ini kami kongsikan.
Drama Seindah Takdir Cinta telah diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Drama adaptasi novel ini menggandingkan tiga orang pelakon utama iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli.
Lagu tema atau OST Drama Seindah Takdir Cinta dinyanyikan oleh Fauziah Latif. Lagu tema tersebut adalah ciptaan Sharon Paul dan liriknya oleh Fedtri Yahya.
Drama Seindah Takdir Cinta Di Slot Akasia
Drama Seindah Takdir Cinta yang bakal bersiaran selama 28 episod turut dibintangi oleh Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamaruddin, Nazzaty Rusli, Tatty Hassan, Lydia Saimon, Nazmi Nordin, Aina Abdul, Aidit Noh, Abdul Rahman Suud dan Raja Ema.

Baca juga :Lagu OST Drama Seindah Takdir Cinta
Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta
Mia Karmila lakonan Amyra Rosli merupakan anak kepada Dato Kamal dan Datin Mariam. Dia dibesarkan dengan penuh kemewahan dan mempunyai gaya hidup yang moden dan sosial. Namun Mia Karmila mula berhijrah ke arah yang lebih baik setelah mengenali seorang pemandu teksi bernama Shahriman lakonan Saharul Ridzwan. Setelah beberapa kali bertemu, Mia Karmila dan Shahriman mulai jatuh cinta.
Mia Karmila turut diminati oleh Adrian (Redza Rosli) anak kepada Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina. Biarpun Adrian sering didampingi oleh ramai wanita lain, Mia Karmila tetap diingininya untuk dijadikan kekasih hati. Perubahan Mia Karmila membuatkan Adrian lebih nekad untuk menjadikan gadis itu isterinya. Malah restu dari kedua belah keluarga memudahkan Adrian untuk menjadikan Mia Karmila suri di hatinya.
Biarpun hatinya berbelah bahagi, Mia Karmila terpaksa juga menerima Adrian sebagai suaminya. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu berjaya memenuhi setiap syarat yang diletakkan olehnya. Hati Mia Karmila lebih terhiris bila mendapat tahu bahawa Shahriman menjadi antara insan yang membantu Adrian mengahwininya.
Namun ditakdirkan pula selepas diijabkabulkan, Adrian pula terpaksa dimasukkan ke hospital. Mia Karmila yang kini telah menjadi gadis yang solehah tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan setia menjaga dan menemani Adrian di hospital. Sedaya upaya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana kerap kali dia perlu bertentang mata dengan Shahriman memandangkan lelaki itu semakin rapat dengan keluarga Adrian.
Untuk dijadikan cerita, satu hari Shahriman menemani Adrian, Mia Karmila dan keluarga mereka menunaikan Umrah. Di Mekah, Shahriman tidak mampu untuk menyembunyikan derita hatinya melihat Mia Karmila redha dengan segala ujian.
Shahriman berusaha untuk mendapatkan kembali cinta Mia Karmila tetapi cinta gadis itu kini hanya untuk suaminya. Dapatkah Shahriman memenangi kembali hati gadis yang dicintainya itu setelah dengan rela hati dia memberikan kepada Adrian?
Menarikan kan Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta? Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Shahriman, Mia Karmila dan Adrian, jangan lupa tonton episod 1 Drama Seindah Takdir Cinta Di Slot Akasia TV3 bermula pada 25 Mei nanti.

0 comment... add one now