Siapakah anggota Projector Band sebenarnya?



PROJECTOR ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama PROJECTOR di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini. 

Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab.

PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial. 

Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. 

Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di Youtube yang mencecah hampir 1,000, 000 tontonan.

Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. 

“SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial dan dijangka akan berkumandang di corong – corong radio tempatan pada akhir bulan Februari 2016.



Bulan Mei ini, ERA ingin mengumumkan Projector Band sebagai Artis Terbaik ERA Mei 2016 ! Tahniah !

0 comment... add one now