Siapa sangka parkir automatik bertingkat pertama di Malaysia telah ada!


SIAPA sangka parkir bertingkat yang sering kita lihat di dalam filem atau pun di luar negara telah wujud di Bandar Raya Kuala Terengganu sejak 5 tahun lalu.

Dikenali sebagai Parkir Automatik Bertingkat, ia mula beroperasi di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu pada 3 Februari 2011 lalu dan diselenggara sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Cetusan idea ini adalah daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang menhatakan dengan kewujudan tempat parkir seperti ini ia mampu menyelesaikan masalah tempat letak kereta khususnya di Bandar Raya Kuala Terengganu yang menelan belanja sebanyak RM9.8 juta.
p
park2
park3
Difahamkan sistem parkir yang juga digelar “rotary type” ini melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa di mana satu set boleh memuatkan 10 buah kereta.
Maka keseluruhan jumlah kenderaan yang boleh dipakir adalah 240 buah kereta.
Menurut MBKT, parkir automatik ini selain menjimatkan ruang, ia juga dapat memberikan kemudahan kepada pemandu di mana ia dapat menjimat masa dan keselamatan pemandu yang ingin meletakkan kenderaan.
Khususnya wanita, mereka tidak perlu menaiki lif atau tangga untuk berjalan jauh disebabkan ‘petak’ parkir adalah di satu tempat sahaja.
Caj yang dikenakan pula amat berpatutan iaitu, Rm2.00 untuk sejam pertama, manakala caj untuk jam seterusnya hanya RM1.00.
Dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis, dan dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.-MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now