Siapa dalang bas pasukan Pahang diconteng?


Bas membawa pasukan Pahang ke Johor bagi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super malam ini diconteng dengan ayat berbaur provokasi.

Perbuatan itu dikecam ramai penyokong pasukan Tok Gajah termasuk kumpulan penyokong tegarUltras Pahang dikenali sebagai Elephant Army.
Aiyoooo amaaaa apaaaa. Jangan ini macam la. Bas kami buruk jer. Kesian la kami. Ngape tok buat lawo sikit ala-ala gafitti. Kabo champion, tapi mengkala doh gini tok reti koi nok cakak mende lagi,”sindir laman Facebook rasmi Elephant Armyhari ini.
Sementara itu, laman Facebook rasmi JDT,Johor Southern Tigers (JST) berkata, perbuatan vandalisme ke atas bas pasukan Pahang ketika berada di Johor sangat tidak bertanggungjawab.
Menurut JST, tindakan itu dipercayai sengaja dilakukan untuk melaga-lagakan penyokong kedua-dua pasukan.
“Tindakan seperti itu dikutuk sekeras-kerasnya dan untuk makluman umum ia tidak mencerminkan sikap sebenar penyokong Johor.
“Pihak kami menggesa agar pihak polis melakukan siasatan segera bagi menghadapkan individu-individu tersebut ke muka pengadilan,” kata JST. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now