Seorang warga emas pekerja MCDonalds yang tertua di dunia



Kebiasaannya, apabila umur sudah meningkat ke arah 'warga emas', kita sudah mula memikirkan untuk bersara dan 'keluar' dari alam pekerjaan.

Namun tidak bagi seorang nenek di yang berusia 92 tahun ini yang setia bersama McDonald di sebuah bandar di Singapura.

Goh Gwek Eng kini merupakan pekerja McDonald yang tertua di dunia.

Goh, yang mempunyai 10 cucu dan 20 cicit mula bekerja di McDonald pada tahun 1998 dan kini masih setia bersama restoran makanan segera itu.

"Kini, semua mereka sudah bekerja atau mempunyai keluarga masing-masing, jadi rumah menjadi sepi", kata Goh menjelaskan mengapa beliau tetap bekerja.

Goh, yang bekerja di McDonald Bedok Interchange bagaimanapun mempunyai satu komplen iaitu dia merasa panas ketika berada berdekatan dengan tempat memasak kentang.

"Saya bercadang untuk bekerja selagi saya sihat", kata Goh kepada Straits Times. 

0 comment... add one now