Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta (Astro Ria)

Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta
Adaptasi novel Drama Assalamualaikum Cinta akan mula menemui penonton di saluran Astro Ria pada bulan Ramadan nanti. Dibintangi 4 pelakon popular iaitu Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Emma Maembong dan Ayda Jebat.
Drama Assalamualaikum Cinta yang akan disiarkan selama 20 episod telah diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Dark Wave Pictures. Drama yang turut dibintangi oleh Ku Faridah, Wan Raja, Zalfa Zin dan Ieka Simone ini akan disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta
Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta
Drama Assalamualaikum Cinta bermula dengan pertaruhan semangkuk cendol yang menyebabkan Rykal lakonan Saharul Ridzwan dan Azrif (Kamal Adli) memulakan satu misi. Dalam misi tersebut, mereka berdua perlu memikat dua orang gadis bernama Emma (Emma Maembong) dan Nia (Ayda Jebat). Salah seorang dari mereka yang dapat memikat gadis itu dan gadis tersebut mengungkapkan kata I Love You, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan tersebut.
Emma merupakan seorang gadis yang bencikan lelaki kaya. Emma sering beranggapan bahawa lelaki kaya suka berlagak dan mempermainkan perasaan perempuan. Kebenciannya bertambah parah bila melihatkan Natasya yang merupakan kakaknya dikasari oleh Daniel, abang ipar Emma.
Mengenali Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia bencikan Azrif. Lebih memburukkan keadaan bila Azrif seringkali memaksa Emma untuk berkawan dengannya.
Berbeza pula situasinya dengan Nia. Dia dan Rykal berkenal akibat merebut parking. Ayah Nia adalah seorang yang sangat tegas dan sangat mengawal kebebasan Nia, lebih-lebih lagi dalam bab berkawan dengan lelaki.
Demi untuk memastikan misi berjaya dan kerana niat untuk memenangi pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dan Rykal terus berusaha mengorat Emma dan Nia biarpun dihamburkan dengan macam-macam kata dan amaran.
Biarpun pada awalnya Emma dan Nia tidak berkenan dengan Azrif dan Rykal namun tidak lama kemudian hati mereka berdua mula jatuh cinta pada kedua orang lelaki itu. Namun akibat keterujaan yang melampau bila akhirnya misi mereka berjaya, pertaruhan semangkuk cendol terbongkar juga membuatkan Emma dan Nia berjauh hati dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan Azrif dan Rykal.
Azrif dan Rykal juga sedar sebenarnya mereka juga telah jatuh cinta pada Emma dan Nia dan bukan sekadar hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol. Lebih merumitkan keadaan dan merunsingkan mereka bila nenek mereka membuat keputusan mengejut untuk menyatukan mereka berdua dengan calon pilihannya.
Menarik kan Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta ini. Apa agaknya akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Akan bersatukah cinta antara mereka. Jangan lupa saksikan Drama Assalamualaikum Cinta di saluran Astro Ria pada bulan Ramadan nanti.

0 comment... add one now