Senarai lokasi lihat anak bulan Ramadan pada 5 Jun ini

melihat-anak-bulan

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.
Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
11. Menara Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14 Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
19. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
27. Menara Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
– BERNAMA

0 comment... add one now