Senarai lengkap kumpulan kongsi gelap di Malaysia


Senarai kongsi gelap

Senarai Lengkap Pertubuhan Kongsi Gelap Haram Di Malaysia


Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

Menurut Astro Awani pula, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Senarai Lengkap Kumpulan Kongsi Gelap

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:
  • 1) Geng 04
  • 2) Geng 08
  • 3) Double 7
  • 4) Tiga Line
  • 5) Geng 30
  • 6) Geng 38
  • 7) Geng 24
  • 8) Geng 18
  • 9) Geng 36
  • 10) Geng 21
  • 11) Ang Soon Thong
  • 12) Wah Kee
  • 13) Sio Sam Ong
  • 14) PNEH
  • 15) Hong Hong San
  • 16) Hai San
  • 17) Sin Ang Bin
  • 18) New Cell 20
  • 19) Jit It Hai
  • 20) Sio Koon Tong
  • 21) Gee Lam Kor
  • 22) Gee Ah Eng
  • 23) Loh Kuan
  • 24) Tiang Yee Tong
  • 25) Geng Leng Hor
  • 26) Geng 35
  • 27) Geng 303
  • 28) Geng Satu Hati
  • 29) ATAP
  • 30) Hung Ann
  • 31) Sui Yup
  • 32) Otai
  • 33) Borneo Red EMP
  • 34) Ah Ngau
  • 35) Batu Tiga
  • 36) Ah Feng
  • 37) Batu 10
  • 38) Sibu Ti
  • 39) Ah Seng
  • 40) Ah Chin
  • 41) Lee Lung
  • 42) Lo Han
  • 43) Sg Merah
  • 44) Sg Badut
  • 45) Ting Ching Lee
  • 46) Tua Cak Lee
  • 47) Teksi Station
  • 48) Pintu Merah
  • 49) Krokop

Sumber - Yahoo News Malaysia, Astroawani, The Star 

0 comment... add one now