Senarai 10 pemain bolasepak paling bernilai di Eropah tahun 2015

Senarai Pemain Bolasepak Paling Bernilai Di Eropah 2015. Menurut laporan terbaru dari the International Centre for Sports Studies (CIES) Football Observatory yang dikongsikan dari Daily Mail UK, pemain Chelsea Eden Hazard adalah pemain kedua paling bernilai selepas Lionel Messi dan bukannya Cristiano Ronaldo. Pemain antarabangsa Belgium yang merupakan EPL PFA Player of the Year itu bernilai di antara £ 99-110million.

Kumpulan penyelidik menggunakan beberapa faktor dalam penilaian mereka diantaranya termasuk umur pemain, panjang kontrak dan tahap prestasi serta juga mengambil kira keputusan serta pencapaian kelab mereka. 


pemain paling bernilai

Ini menjelaskan mengapa Ronaldo bernilai kurang daripada bintang Belgium diantaranya ialah Hazard adalah enam tahun lebih muda dari Ronaldo dan mempunyai kontrak di Chelsea sehingga tahun 2020 - dua tahun lebih lama daripada pemain antarabangsa Portugal ini. 

Berikut adalah senarai pemain Bolasepak yang paling bernilai di Eropah terkini 2015 :- 

Top 10 Most Valuable Player In Europe 2015

  1. Lionel Messi (Barcelona)
  2. Eden Hazard (Chelsea)
  3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
  4. Neymar (Barcelona)
  5. Sergio Aguero (Man City)
  6. Raheem Sterling (Liverpool)
  7. Paul Pogba (Juventus)
  8. Diego Costa (Chelsea)
  9. Alexis Sanchez (Arsenal)
  10. James Rodriquez (Real Madrid)

0 comment... add one now