Selepas Usher, Yuna mahu berduet dengan Coldplay pula!


yunasingerkedah0802












SELEPAS berjaya merakamkan lagu duet dengan penyanyi R&B terkenal Usher, Yuna kini sedang berusaha keras untuk mendapatkan band terkemuka dunia, Coldplay untuk berkolaborasi bersama-sama selepas ini.

Menggunakan medium media sosial Twitter, Yuna menghantar status berbunyi, “Hi Coldplay. I’ve been telling interviewers I want to work with you for 7 years now. Tweeting is my last resort.  Let’s make it happen. (Hai Coldplay. 

Saya sudah lama berkongsikan hasrat untuk bekerja dengan anda sejak tujuh tahun lalu. Menulis twit ini merupakan pilihan terakhir saya untuk meraih perhatian anda. Saya harap impian ini tercapai).”
yuna
Untuk meyakinkan band yang popular dengan lagu Fix You dan Yellow itu, Yuna turut mencadangkan mereka mendengar beberapa karya seni ciptaannya sendiri seperti Lullabies, Mountains dan Falling.

Kalau betul-betul jadi kolaborasi Yuna dan Coldplay, pasti lagu mereka akanboom di seluruh dunia dan secara tidak langsung Yuna berjaya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga lagi dengan kejayaannya sebagai anak seni yang kini merantau di bumi Uncle Sam. – MYNEWSHUB.CC
coldplay
Coldplay, dari kiri Jonny Buckland (gitaris), Chris Martin (vokalis), Guy Berryman (bassist) dan Will Champion (drummer).

0 comment... add one now