Salam Web pelayar syariah Islam hasil ciptaan hebat anak Malaysia

Salam Browser

MENARIK.. buat pertama kali, sebuah pelayar web yang mematuhi syarak agama Islam dicipta khas buat pengguna Islam. Pelayar web yang dikenali sebagai ‘Salam Web’ ini dikatakan dapat menghalang pengguna daripada terlihat perkara-perkara yang dilarang Islam.
Antaranya, pengguna tidak boleh melayari laman-laman lucah, judi, hal-hal membahayakan dan sebagainya. Ini kerana pelayar web ini akan membuang hasil berunsur lucah dan ganas itu termasuk di bahagian gambar dan video.
Pelayar web ini juga sesuai untuk anak-anak kecil agar mereka tidak dapat mengakses perkara-perkara yang menjerumus mereka ke arah maksiat. Malah, anda juga dilindungi daripada spam-spam iklan yang mengganggu apabila menggunakan pelayar web ini.
Salam Browser yang dibina berasaskan Chromium hanya boleh digunakan di dalam sistem operasi Windows, buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, Salam Browser merupakan hasil ciptaan anak tempatan. Hebat bukan? 

0 comment... add one now