Rupa-rupanya patung pemuas nafsu yang jadi viral di Indonesia


doll












SEORANG nelayan di Indonesia menyangka dia menemui seorang bidadari terdampar di tepi lautan tapi selepas diperiksa rupa-rupanya ianya adalah patung pemuas nafsu (sex toy).

Nelayan tersebut, Pardin, 21, kemudiannya membawa pulang patung itu lantas dijaga oleh ibunya yang memandikan dan menghiasnya dengan pakaian kerana menyangka ianya bidadari yang turun dari langit.
doll1
doll2
Susulan penemuan itu, rumah Pardin sentiasa dikunjungi jiran dan tetamu lain yang menyifatkan penemuan itu adalah kurniaan Tuhan dari syurga.

Namun setelah pihak polis campur tangan baharulah mereka mengetahui itu hanyalah semata-mata sebuah patung alat pemuas nafsu.

Kejadian disahkan pegawai polis, Heru Pramukarno yang memaklumkan, patung tersebut turut dirampas bagi mengelakkan sebarang salah faham di kalangan penduduk kampung.

0 comment... add one now