Resepi mudah membuat air barli baik untuk kesihatan

khasiat air barli

Bagaimana Membuat Air Barli? (Resepi)

Lebih-lebih kan nak bulan puasa...so saya rasanya nak share kat korang resepi mudah buat air barli. Kalau nak tahu membuat air barli sendiri di rumah adalah lebih baik daripada membelinya di gerai-gerai. Hal ini kerana anda boleh mengawal sendiri kadar penggunaan gula di dalam air tersebut.
Lagipun, anda boleh dapatkan beras barli dengan mudah di kedai-kedai ataupun pasar raya berdekatan, dengan harga yang murah. So, korang boleh lah lihat di bawah ni!
Cara-caranya adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan beras barli
  • 5 cawan air
  • Perahan limau (pilihan, untuk rasa)
  • 1 sudu teh madu (pilihan, untuk rasa)
  • 1 kayu manis (pilihan)
  • 1 akar halia (pilihan, untuk rasa)

Langkah-Langkah:

1. Bilas beras barli dengan air bersih yang mengalir, kemudian rendam di dalam air sekurang-kurangnya sejam.
2. Keluarkan air tersebut, dan campurkan 1 cawan beras barli yang basah itu dengan 3-4 cawan air, halia dan kayu manis.
3. Rebus, kemudian reneh selama 45 minit sehingga 1 jam, sehingga beras tersebut masak sepenuhnya dan lembut
4. Biarkannya sejuk.
5. Tuangkan air tersebut ke dalam gelas/cawan.
6. Minum 1-2 cawan air barli setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan. Anda boleh menambah limau ataupun madu untuk menaikkan rasa.
7. Simpan air barli yang lebih itu di dalam peti ais. Boleh bertahan selama 3 hari.

Nota

Jangan buang beras barli yang direbus itu tadi, anda boleh memakannya jika mahu.

Tips Tambahan

Lebihan beras barli boleh digunakan semula:
  • masukkan di dalam salad
  • blend dan jadikan bahan tambahan kepada smoothie
  • masukkan di dalam bubur

Amaran:

1. Air barli ini adalah diuretik, membawa maksud ia akan mencepatkan proses pengeluaran air dari badan. Oleh itu, jangan minum melebihi 6 gelas air barli setiap hari.
2. Air barli mengandungi gluten, tidak disarankan kepada orang yang mempunyai alahan pada gluten.

Video Bantuan

Berikut adalah video youtube oleh Dorothy dari FaveDiets, beliau berkongsikan bagaimana anda membuat air barli.

Kesimpulan

Air barli ini tidak dinafikan banyak memberikan manfaat kepada kita, terutama dalam aspek kesihatan dan kecantikan kulit. Memandangkan cara penyediaannya yang mudah dan harganya yang murah, apa kata anda mula amalkan minum air barli mulai hari ini.
Harap artikel ini memberikan infomasi yang berguna kepada anda akan khasiat air barli, dan kongsikanlah artikel ini kepada orang yang anda rasa berminat untuk tahu.

0 comment... add one now