Resepi ayam bakar atkins untuk menurunkan berat badan



Salah seorang ahli kepada Kelab Diet Atkins iaitu Aliff Haiqal Busu ada berkongsikan mengenai resepi ayam bakar atkins bagi mereka yang sedang dalam misi menurunkan berat badan. 

Di bawah ini ada resepi yang dikongsikannya:

1 ekor ayam
1 Biji bawang besar ( ptong 4 )
1 biji bawang holland ( ptong 2 )
1 biji Tomato ( potong 2 )
5 biji bawang putih ( ketuk )
1 biji lemon ( potong 2 )
.
REMPAH : Nak lumur pada ayam
Serbuk Rosemarry
Serbuk Tyme
Serbuk Basil
Serbuk Parsley
Serbuk Paprika
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk Jintan putih
Serbuk lada hitam
Garam
.
( Rempah ni sikit2 je, campur semua sekali gaulkan )
.
CARA-CARA
.
- Bersihkan ayam dan lumurkan dengan butter atau olive oil, lumur sampai dalam2 kulit ayam tu.
.
- Lumurkan semua rempah2 tu tadi dekat luar dan dalam perut ayam tu.
.
- Masukkan bawang besar, bawang holland, tomato, bawang putih dalam perut ayam tu, sumbat2 la sampai muat, hhe
.
- Ikat kaki ayam tu supaya nanti nampak cantik bila dah masak
.
- Masukkan dalam oven suhu 220 celcius 30 - 40 minit, tengok size ayam la
.
Selamat mencuba, jangan kecam bawang tu saya letak sampai 2 bijik, bukan nak makan pun just nak bagi ada rasa. Kalau nak makan bawang tu sebijik2 pun suke hati awak la. Hehehe...

Jangan takut untuk mencuba resepi ni mana tahu boleh pelbagaikan menu makanan anda setiap hari.

Sumber Aliff Haiqal Busu dari Kelab Diet Atkins

0 comment... add one now