Remaja Pembunuh Enno Farihah Mohon Maaf Dari Ibunya Dalam Dakapan Terakhirnya!

Dia mempunyai gaya rambut undercut, mata yang agak besar dan wajah kebudak-budakan ditutupi kumis tipis tanpa janggut. Dialah Rahmad Alim, 16, seorang pelajar sekolah yang terlibat dalam pembunuhan sadis Enno Farihah yang kini hanya menunggu hari perbicaraan dan jika disabitkan bersalah, dia boleh dihukum tembak sampai mati oleh skuad penembak.
rahmat alim
Rahmad Alim ialah seorang pelajar Sekolah Menengah Pertama, dan menurut guru-gurunya, Rahmad seorang anak didik yang berpotensi dan bijak.
Sebelum itu, Rahmad pernah dimasukkan ke sekolah pondok pesantren di Mauk Tengah, Jawa Barat oleh kedua orang tuanya selama setahun enam bulan. Namun Rahmad berhenti belajar kerana tidak dapat berpisah jauh dari kedua orang tuanya.
Di mata keluarga, Rahmad ialah seorang anak yang pendiam dan rajin menolong orang tua di kedai, dan hanya keluar pada waktu malam saja untuk bermain PlayStation.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Keterlibatan Rahmad dalam pembunuhan Enno adalah sesuatu berita yang sangat mengejutkan bagi ahli keluarganya. Ujar MW, bapa saudara Rahmad di balai polis Mapolda Metro Jaya pada 27 Mei lepas:
Dia jarang membuat masalah dan menyusahkan keluarga. Naik motor pun dia belum pandai.
Bagaimanapun ibu dan bapa Rahmad terus menemui anak saudaranya itu di lokap Mapolda Metro Jaya selepas mendengar khabar bahawa Rahmad akan dibawa ke Pusat Polis Tangerang untuk dibicarakan dalam masa lima hari lagi.
Wajah Rahmad kelihatan penat. Mengenakan baju warna oren dan tangan dirantai, Rahmad kelihatan menyesali perlakuannya keatas Enno.
Si ibu yang tidak dapat menahan sebak memeluk anaknya itu yang berkemungkinan besar merupakan pelukan terakhir. Rahmad dikaitkan dengan dua pertuduhan, iaitu merogol dan membunuh secara terancang.
Sebelumnya ibu dan bapa Rahmad telah berpindah dari kampung mereka iaitu kampung Jatimulya karena tidak tahan dicaci-maki oleh warga setempat, manakala bapa Rahmad masih dalam keadaan sakit setelah terkejut akibat mendapat tahu tentang berita anaknya itu. Menurut pengakuan Rahmad yang terakhir, dia tertekan atas desakan Imam dan Arifin setelah merogol Enno. Sambil memeluk ibunya, dia berkata:
Maafkan Mamat ibu. Saya ditakut-takutkan (oleh Imam dan Arifin) yang Enno akan buat laporan polis jika Enno masih hidup.
Malah peguam Rahmad iaitu Teddy juga turut dicaci-maki orang ramai kerana cuba meringankan hukuman yang bakal menimpa Rahmad. Kata Teddy:
Saya kasihan melihat ibu bapa Rahmad menjadi bahan bualan orang ramai setelah info pembunuhan itu tersebar di media sosial. Apa salah kedua orang tua Rahmad? Mereka tidak tahu Rahmad dan Enno mempunyai hubungan cinta. Kerana tidak tahan dikutuk mereka berpindah dari kampung Jatimulya.
Menurut Polis Mapolda, Rahmad bukanlah mastermind dalam pembunuhan itu, tetapi pembunuhan itu berlaku disebabkan olehnya, maka dia menjadi orang pertama dibicarakan selain memiiki faktor umur yang mengehadkan masa penahanannya.
Manakala dari pihak keluarga Enno, nampak tidak sedikitpun berganjak dari keputusan mahukan ketiga-tiga pembunuh Enno dihukum mati. Kata Arif Fikri, bapa Enno:
Perbuatan mereka bukan lagi perbuatan manusia, sudah selayaknya mereka dihukum mati. Tidak hanya kami, kebanyakan penduduk di sini juga mahu pelaku di hukum gantung. (Kini) saya tahu bagaimana rasanya kehilangan anak

Sumber - amazingnara 

0 comment... add one now