Remaja India mati tertembak sendiri asyik bergaya selfie


Punjab, India: Seorang lelaki berumur 15 tahun mati apabila tertembak diri sendiri ketika berselfie bersama pistol revolver .32 milik bapanya dalam kejadian pada Sabtu.

Ramandeep Singh, tertembak kepalanya sendiri ketika bergaya untuk berselfie bersama adik perempuannya.

Harian Metro melaporkan, Ramandeep tersilap memetik picu pistol, bukannya menekan butang kamera telefon bimbitnya.

Ramandeep dibawa ke hospital sejurus kejadian namun disahkan meninggal pada Ahad.

Timbalan Superintendan Polis Manoj Kumar berkata: "Kami rasa sebahagian dari kesalahan perlu diletakkan kepada bapanya kerana tidak menyimpan senjata berisinya di dalam tempat yang berkunci di dalam rumah."

Kadar kematian akibat selfie di India kini melebihi Amerika Syarikat dengan 11 kes dilaporkan tahun ini, menyebabkan Mumbai menetapkan 16 zon larangan selfie termasuk kawasan pelancongan Kota Mehrangarh di Jodphur, Rajasthan.

0 comment... add one now