Real Madrid merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara buat kali ke-11



Real Madrid menewaskan pasukan setempat, Atletico Madrid bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun untuk merangkul kejuaraan trofi Liga Juara-Juara buat kali ke-11, di sini, sebentar tadi.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penting penalti penentuan pasukannya yang berakhir dengan keputusan 5-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh masa sebenar dan tambahan. 



Yannick Carrasco menjaringkan gol penyamaan Atletico pada lewat permainan selepas Sergio Ramos meletakkan Real di depan pada minit ke-15. Dua tahun lalu, Real turut mencatat merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menerusi jaringan 4-1 selepas masa tambahan. 

Sumber - AFP

0 comment... add one now