Rahsia trick mudah kenalpasti emas tulen atau palsu?


Trik Mudah Kenalpasti Emas Tulen Atau Tidak











PERNAHKAH anda terbeli emas palsu? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pasti akan mendatangkan kerugian kepada si pembeli.

Waima 1 gram emas harganya mencecah ratusan ringgit, bayangkan jika terbeli seutas rantai sebesar ibu jari tetapi palsu, mahu diserang strok serta merta.

Laman Facebook Friends Of Barisan Nasional telah berkongsi satu trickmudah untuk mengenalpasti sama ada perhiasan emas yang dibeli itu tulen atau palsu.
Trik Mudah Kenalpasti Emas Tulen Atau Tidak
Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan magnet. Kaedahnya, anda hanya perlu dekatkan emas itu kepada magnet tersebut. Sekiranya terdapat daya tarikan atau tindak balas maka ianya palsu.

Ini kerana emas tidak mempunyai sifat magnetik. Namun terdapat juga bahan yang tidak bertindak balas dengan magnet seperti tembaga, tungsten dan sebagainya.

Selain magnet, jarum juga boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas sebelum dibeli. Caranya adalah dengan mencucuk jarum itu pada emas tersebut, sekiranya tidak patah, ia adalah asli, ini kerana emas bersifat lembut.

Salah satu cara lagi ialah dengan mencium baunya. Emas tulen tidak mempunyai bau. Kaedahnya ialah dengan menggosok emas itu pada kain kasar seperti jeans atau seangkatan dengannya sehingga panas.

Sekiranya terhasil bau seperti ferum maka ianya palsu. Selain kaedah di atas, terdapat banyak lagi kaedah pengesanan awal yang boleh digunakan untuk mengelak dari ditipu.

Nasihat kami, kenal pasti dahulu emas yang hendak dibeli, atau dapatkan dari kedai-kedai emas yang bertauliah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. 

0 comment... add one now