Rahsia khasiat buah tin yang sangat istimewa bagi umat Islam


Buah Tin
Kalau sebut pasal buah tin mungkin ada yang masih belum mengenali buah tin? Mungkin sebab buah ini jarang-jarang jumpa atau pun tak gemar buah ini. Tak macam durian dan pelam ikut musim... korang nak tahu tak???
Sebenarnya buah tanpa biji ini sangat dikenali oleh umat Muslim kerana buah ini tertulis di dalam Al Quran dan disebutkan didalam hadis Rasulullah Muhammad SAW.
Buah ini juga disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda. Ia meriwayatkan sabda Nabi bahwa:” Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yang turun dari syurga maka itulah Buah Tin. Karana, buah-buahan syurga itu tanpa biji. Makanlah ia, kerana ia dapat menghentikan wasir dan bermanfaat menyembuhkan encok” (Dituturkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’aad )”
Jika buah ini disebutkan dalam dua sumber hukum utama umat Muslim, maka ianya diyakini kebenarannya bahawa buah ini memiliki banyak keutamaan dan manfaat. Sumber asal dan manfaat yang besar menjadikan buah ini juga disebut sebagai buah dari syurga.
Diambil dari California Fig-s Advisory, Nutritional, buah Tin memiliki kandungan nutrisi yang sangat tinggi dan lengkap, penuh dengan nutrisi dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang menjadikan Buah Tin sebagai buah super nutrition.
Berikut kandungan Buah Tin.
– Energi 250 kcal 1040 kJ
– Karbohidrat 63.87 g
– Gula 47.92 g
– Dietary fiber (serat) 9.8 g
– Lemak 0.93 g
– Protein 3.30 g
– Thiamine (Vit. B1) 0.085 mg 7%
– Niacin (Vit. B3) 0.619 mg 4%
– Riboflavin (Vit. B2) 0.082 mg 5%
– Pantothenic acid (B5) 0.434 mg 9%
– Vitamin B6 0.106 mg 8%
– Magnesium 68 mg 18%
– Folat (Vit. B9) 9 µg 2%
– Vitamin C 1.2 mg 2%
– Zinc 0.55 mg 6%
– Kalsium 162 mg 16%
– Iron 2.03 mg 16%
– Fosfor 67 mg 10%
– Potassium 680 mg 14%
Jika ada kesilapan mengenai artikel ini boleh kemukakan cadangan di ruangan komen. Moga-moga artikel ini memberi manfaat untuk kita semua.

0 comment... add one now