Rahsia kenali personaliti seseorang melalui jenis darah

blood-types
Betul ke darah yang mengalir dalam badan kita ni boleh menggambarkan personaliti sebenar seseorang tu? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia sememangnya mampu memberi gambaran mengenai keperibadian individu itu sendiri. 
Korang rasa darah korang ni jenis apa? Cuba check dan tengok betul ke tak dengan personaliti korang tu. 
  • DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup si darah A. Individu yang berdarah A memang suka melakukan kerja-kerja secara berkumpulan. Bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan korang! 
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri korang itu melambangkan bahawa korang tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Tetapi ada kalanya korang agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak kisah langsung dengan waktu untuk berehat. INGAT! kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja korang itu, kesihatan diri pula yang terabai.
  • DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling ngam dengan korang! Korang lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula korang adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, korang lebih gemar melaksanakannya dengan cara tersendiri. Korang juga adalah individu yang kreatif dan fleksibel, dan senang untuk menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.
Si darah B merupakan individu yang bijak bersosial. Tetapi ada kalanya sikap korang yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri korang sendiri! Haaa jaga-jaga! Sekali gus memperlihatkan kelemahan pada korang sendiri. INGAT! tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
  • DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Korang juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling korang akan rasa selesa. Korang juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap ceria!
Haaa jangan nak senyum sangat! Ada satu perkara yang korang harus perbaiki dalam diri itu. Perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri korang pula!
  • DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Kalau inginkan sesuatu, korang akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya korang dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu korang juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Alaaa rileks lah! Korang kena bijak mengawal emosi diri sendiri supaya tidak dikuasai dengan tekanan.
Sumber : homefamilysite

0 comment... add one now