Rahsia 5 tips dari usahawan muda bernama Nizam Yazid



Nak berjaya bukan mudah, ramai yang tempuhi pelbagai dugaan sebelum mencapai kejayaan. Kadang - kadang tu usaha dah banyak dan macam - macam iktihar dibuat, tetapi dugaan masih datang tak putus - putus. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang daripada dari usahawan muda yang bernama Nizam Yazid. Beliau menempuhi pelbagai dugaan tetapi sentiasa berfikiran positif dan pandang kedepan..

Baca perkongsian beliau di bawah ni :

Masa nak Akhir tahun 2015, aku dh dengar2 dah yg tahun 2016 dijangka ekonomi lbh tenat dan sukar. Ternyata jangkaan dan tempias ekonomi yg tak stabil mmg betul2 terasa. Percaya atau tidak, aku hampir berkira2 utk tutup kedai. Alhamdulillah, dgn sedikit tips ni, aku masih diberi peluang oleh Allah utk survive dlm masa kritikal dan terus berniaga selama 3 tahun usia perniagaan.

Just nk Kongsikan tip yg tak seberapa ni , moga bermanfaat jadi panduan bersama ...

1. Lihat Peribadi Diri

» Hubungan dgn Allah

Solat 5 waktu, kalau dpt jemaah setiap waktu lg cun. Kalau solat yg fardhu Dh cun, kt perkemaskan dgn dhuha dan tahajud pula. Baru mantop

+ Sedekah dan zakat?
Selalu kita dgr , nilai rm50 - rm100 tu zmn skrng mcm tak bernilai, pergi supermarket , bakul shopping pon xpenuh, ini Kan pula troli shopping tu. Tapi bila bab sedekah tabung masjid, Rm1 pon berat, napa tak sedekah jek Rm50 yg tak bernilai tu td? Oppss, jgn ada yg sentap

+ Doa, minta apa kt nak, yakin allah mendengar dan melihat hambanya. In shaa allah ditunjukkan jalan keluar (jln yg lurus)

» Hubungan dgn Manusia

+ Cek balik mcm mana keadaan keluarga kita, mak ayah kita, mak ayah mertua kita, adk beradik kita. Cukup tak makan minum, sihat ke tak, tanya khabar, luangkan masa bersama mereka. In shaa allah berkah. 

+ Jgn la bila balik, muka masam, time ada masalah, mengharap simpati mak bpk , just balik bila nk pinjam duit. Salah mcm tu. 

Oh ye dlm sedekah tu lg baik , kt mula kn dgn bersedekah kpd keluarga terdekat

2. Keluar Seketika

Ala, mcm kita keluar kn roh kita dr badan. Tau cm mana? Kang tak balik semula roh tu cm mana? Hahaha.. tu jwb nya selamat la, selamat innalillah..hehe. 
Keluar dr masalah tu bkn maksud lari dr masalah. Bila otak kita terlalu sempit dan tumpu pd masalah , kita tak jumpa jln keluar, so seat back and relax, cewaah.. keluar beriadah. Jogging atau melancong jap. 

+ Tips org sesat dlm hutan, bila sesat, kt akan mcm nmpk semua nya sama, fikiran sempit dan sesak. so just panjat pokok, tp hati2 la panjat, nnt jatuh, masalah baru pula dtg.. bila sampai di puncak bukit, eh.. silap, apa kene panjat pokok sampai bukit kan? Bila sampai dekat puncak pokok tu, kt akan dpt lihat luas nya pemandangan dan akan ada beberapa jln keluar. Sambil2 melihat pemandangan alam

3. Kongsikan dgn rakan

Cerita dgn kwn2 bisnes, sahabat atau family yg positif. Cth mcm aku jual baju , jadi aku pon berkawan dgn membe jual kosmetik (maulacosmetiqs) , dgn membe jual jam (funkistuff) dan membe jual gadget (gadgetwarrior) , ada juga membe jual baju, tp jenis lain (awanazstyle). Jadi kalau masa tgh stuck tu, kt cuba tanya rakan2 bisnes kita, mcm mana keadaan bisnes dorang, if kt teruk, dorang ok dan baik, means something wrong. 

Cuba tanya Dr segi marketing dan sales, apa yg mereka buat. Kalau org yg baru kenal, jarang nk share tips, tp once mereka dh jadi rakan, kt boleh saling kongsi dan nasihat menasihati. Jgn pula ko tanya supplier dia, dan nk jual brg mcm dia, yg tu PANTANG!

4. DO Homework

+ Lepas sembang2 dgn kwn2 bisnes. Tuliskan masalah tu, fokus pd masalah utama dan senaraikan seberapa banyak penyelesaian .

Make it short. Selepas senaraikan, pilih penyelesaian terbaik.

+ Try and adjust mengikut kesesuaian

Contoh situasi: 
MASALAH: Perlukan Modal Rm50k 
SENARAI PENYELESAIAN:
+ Jual Stock sedia ada ( leverage ) , jualan promo atau kombo pakej

Pajak Mortgage Rumah atau Emas (if ada simpanan emas)

Collect semua hutang2 dr org yg pernah pinjam dgn kita (jika ada bg pinjam)

Buat pinjaman dgn keluarga, sahabat handai mahupun bank atau badan2 spt tekun mahupon mara. Yakinkan kaedah bayaran atau cara mcm mana kt nk byr balik. Tebalkan muka 

+ Jika pinjaman sukar. Tawarkan bentuk pakej pelaburan yg logik , berbaloi kpd investor dan tidak membebankan anda. Kebiasaannya org lbh suka invest dr bg loan.

+ Kalau Rm50k tu diperlukan utk membeli stock, cuba minta Credit Term dr Supplier, ambil dulu, bayar kemudian dlm tempoh (10,20 @ 30 hari) . Pastikan kt dh jalinkan hubungan yg baik dgn supplier.

+ Gadai jika perlu (pilihan terakhir)

5. Cari Ilmu dan Kekal positif

Cm mana nk cari ilmu? Senang sgt skrng ni, mula2 aku selalu tgk fb tokoh2 ilmu mcm Pn.Ainon, Safiey Illias, Dr. Azizan Osman, Irfan Khairi.

+ Tambahkan ilmu melalui pembacaan artikel mahupun buku. Atau kisah kejayaan tokoh business

Pergi seminar, tahun ni aku sempat ke kelas dan seminar Dr.Azizan Osman, Safiey Illias dan Kelas fb dgn Muhsin

Yakin dan bersikap, berfikir dan bertindak positif.Yakin yg setiap sesuatu ada hikmahnya yg mgkn ada yg terus nampak, atau ada yg mgkn hikmah nya akan datang kemudian.


Tenang2 jek, fikir2 kan selama kita hidup, Allah akan uji kita, mcm aku, aku yakin, bila aku berjaya survive dlm satu masalah bisnes, aku sedang mencabar diri menjadi lbh baik. Bila terlalu selesa , kt akan sentiasa ada pada takuk dan level yg sama. 

Speak to the problem, please be nice to me..Hehe..

Paling penting , JGN cari Masalah.
.
Silakan share jika bermanfaat.

Itu lah antara nasihat yang dikongsikan sendiri melalui pengalaman yang pernah dilalui. Bak kata pepatah"Bukans senang nak senang, bukan susah nak susah"  so pokok pangkal atas diri ye!

p/s: Tips ini juga boleh diambil guna jika anda bukan seorang peniaga, guna pakai sudut yang positif untuk memperbaiki diri dan juga kehidupan. 


Sumber Facebook Nizam Yazid.

0 comment... add one now