Punca kenapa bolasepak Kedah tarik diri dari tajaan RM30 juta D'Herbs



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran penajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat kosmetik, D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs) ekoran syarat perjanjian yang sukar dipenuhi.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan itu adalah muktamad dan tidak bercadang untuk membuat sebarang rundingan lagi.
"Selepas meneliti draf perjanjian yang terakhir pada 27 April lalu, KFA membuat keputusan untuk tidak meneruskan dengan tawaran penajaan tersebut dengan konklusi muktamad," katanya pada sidang akhbar khas di Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima tawaran perjanjian itu kerana draf perjanjian tersebut di luar bidang kuasa KFA.
"KFA hanya sebuah persatuan, kadang -kadang draf perjanjian lebih kepada (bidang kuasa) kerajaan negeri," ujarnya.
Tambah Aminuddin, tanpa penajaan itu, pihaknya masih mampu menguruskan pasukan bola sepak Kedah dengan baik. 

0 comment... add one now