Prosedur cara lulus tukar warna kenderaan dengan betul dari JPJ

Post kali ini, saya ingin berkongsi tentang prosedur cara lulus tukar warna kenderaan dengan betul sehingga mendapat kelulusan dari JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia). Anda mungkin bosan dengan warna kenderaan anda contohnya warna kereta anda sekarang dan anda terfikir untuk tukar warna kereta anda dan menjadikannnya lebih menarik.

Tetapi, pada masa yang sama anda tidak pasti atau langsung tidak tahu prosedur cara tukar warna kenderaan yang diluluskan oleh JPJ. Jangan bimbang sebab prosedur cara tukar warna kereta atau kenderaan adalah agak senang untuk diikuti. Gambar di bawah adalah contoh warna kereta yang tidak diluluskan oleh JPJ dan merupakan satu kesalahan .
Prosedur Cara Lulus Tukar Warna Kenderaan Di JPJ

PANDUAN MENDAPAT KELULUSAN CARA TUKAR WARNA KENDERAAN DI JPJ:
  1. Sila warnakan atau cat kereta/kenderaan anda terlebih dahulu. Penting! Warna kereta anda mesti tidak boleh lebih daripada dua (2) warna.
  2. Selepas kenderaan anda siap diwarnakan/dicat, bawalah kereta anda itu ke JPJ yang berhampiran untuk mendapat kelulusan tukar warna.
  3. Ambil borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan isi butiran yang diperlukan. Selepas itu, sila serahkan kepada pegawai/staff yang bertugas
  4. Pegawai berkenaan akan melihat cat atau warna kereta (kenderaan) anda untuk tujuan pengesahan
  5. Jika lulus, pegawai yang bertugas akan membatalkan warna asal kereta (kenderaan) anda dalam geran (JPJ K2) dan diupdate dalam sistem komputer dengan warna baru kereta anda dan last sekali cop lulus JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
Berapa bayaran untuk tukar warna kenderaan di JPJ? Tiada bayaran dikenakan untuk urusan pertukaran warna kenderaan di JPJ.  Source

0 comment... add one now