Petua tradisional untuk merawat selsema dan batuk

Imej dari mnn.com
Menyampah betul bila hidung tersumbat. Keadaan ini berlaku apabila badan kita tidak lagi dapat bertahan daripada jangkitan bakteria atau virus yang menyerang. Adakalanya ia datang sekaligus dengan batuk.
Selain pengambilan ubat-ubatan, anda juga boleh mencuba petua-petua tradisional  untuk merawat selsema dan batuk ini.
Di sini saya kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda:
1. Air Didihan Beras
Semasa menanak nasi, ambil sedikit air didihan beras yang ditanak sebanyak segelas. Tunggu sehingga air didihan tersebut sejuk baru minum. Dengan meminum air didihan tersebut ia dipercayai dapat menghilangan rasa gatal pada bahagian kerongkong.
2. Halia
Perah limau nipis ke dalam segelas air suam dan letakkan beberapa hirisan halia yang telah diketuk ke dalam gelas tersebut. Cara ini boleh menghilangkan rasa sejuk dalaman.
3. Madu
Pengambilan madu bersama air suam serta sedikit perahan limau nipis dapat melegakan selsema lebih cepat.
4. Kunyit Hidup Dan kapur
Baby memang mudah terkena jangkitan ini kerana sistem imun mereka yang masih tidak stabil. Calit sedikit kunyit hidup atau kapur  pada bahagian batang hidung baby. Cara ini mampu menyamankan nafas di bahagian rongga hidung mereka.
Selamat mecuba!
Sumber: EH!

0 comment... add one now