Pesta jualan My Auto Fest 2016 bakal pamerkan 100 model kenderaan!






Lagi dua minggu sebelum pesta jualan automotif My Auto Fest akan berlangsung dan nampaknya syarikat-syarikat kenderaan sudah mula bersedia dengan tawaran-tawaran istimewa mereka khas untuk My Auto Fest.
Pesta jualan My Auto Fest akan mempamerkan lebih dari 100 jenis dan model kenderaan dan kebanyakannya boleh dipandu uji. Ini bermakna sekiranya anda ingin membeli kenderaan, anda cuma perlu ke My Auto Fest dan anda boleh membandingkan model-model pilihan anda di bawah satu bumbung tanpa perlu merayau ke seluruh bandar untuk pergi ke setiap dewan pameran kenderaan.
Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA.
Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA.

My Auto Fest diianjurkan oleh MAA (Persatuan Automotif Malaysia), badan rasmi yang menggabungkan hampir kesemua syarikat automotif kenderaan di Malaysia. MAA juga ialah badan induk yang menganjurkan pameran kenderaan rasmi negara, KLIMS.
Di bawah ialah beberapa fakta yang kami dapat tahu mengenai pameran My Auto Fest.
  • Setiap mereka yang membeli kenderaan semasa pesta My Auto Fest layak untuk menyertai pertandingan “Beli dan Menang”. Hadiahnya ialah sebuah Nissan Almera 1.5L bernilai RM82,000, tajaan Edaran Tan Chong Motor. Sekiranya ada 300 pembeli kenderaan semasa pesta itu, bayangkan peluang anda untuk memenanginya!
  • UMW Toyota menawarkan rebat tunai dar RM6,500 hingga RM4,500 untuk model-model Vios, Corolla Altis da Camry Hybrid. Pastinya akan ada tambahan tawaran menarik semasa pesta itu lagi!
  • Peugeot juga menawarkan kombo menarik untuk model 208, 308 THP, 2008 Urban SIV dan 5008 MPV. Jangan terkejut jika ada promosi lebih istimewa ketika pameran itu!
  • Sebarang tempahan yang dilakukan di gerai-gerai Honda Malaysia, Proton Edar, Edaran Tan Chong (Nissan), Daihatsu, Jaguar Land Rover, Volvo Cars dan Subaru akan diberikan diskaun dan hadiah.
  • Selain dari pameran kenderaan, ada laman kanak-kanak dengan kawasan permainan “inflatable”, keretapi mini, badut-badut dan pelbagai lagi agar anak-anak ada tempat untuk bermain dan ayah-ayah boleh pergi meronda dengan hati yang tenang.
Gambar dari http://klfashionweek.website/urbanika1/
Gambar dari http://klfashionweek.website/urbanika1/

  • Untuk perut pula, ada barisan “truck food” atau trak-trakmakanan dan anda bukan sahaja boleh membeli makanan, tetapi anda boleh mengundi trak makanan mana yang paling sedap dan pemilik trak makanan yang mendapat jumlah undi tertinggi bakal memenangi hadiah bernilai sehingga RM5,000. Pengundi juga akan memenangi sesuatu di dalam pertandingan ini.
models-powerwall
  • GreenTech Malaysia akan hadir untuk membuat pameran kenderaan elektrik di mana anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya untuk mengecaj kenderaan elektrik. Selain dari itu, GreenTech akan menunjukkan pelbagai info dan pengalaman menggunakan kenderaan elektrik semasa My Auto Fest.
  • Untuk pembeli kenderaan elektrik EV dan PHEV (Plug-in Hybrid) ketika My Auto Fest, GreenTech menawarkan keahlian ChargeEV Friendly User Trials (FUT) secara percuma!
  • My Auto Fest akan berlangsung dari 20 hingga 22 Mei di Mines International Exhibition and Trade Centre yang terletak di belakang kompleks membeli belah The Mines (sama tempat dengan pameran buku Big Bad Wolf)
comos
  • Untuk mereka yang mahu mencuba memandu kenderaan elektrik Renault Zoe ke The Mines, hubungi COMOS (www.comos.com.my) dan pandu Zoe dari salah satu stesen COMOS ke The Mines kerana COMOS ada satu stesyen di sana!
Untuk sebarang pertanyaan mengenai My Auto Fest, lawati www.myautofest.my atau hubungi 012 2780313 or 019 285 5555.
MAF 2016 new design 1
Sumber - Careta.my 

0 comment... add one now