Permohonan Rayuan Keputusan UPU ke IPTA/Politeknik Bagi Sesi 2016/2017

Pemohon yang tidak berjaya mendapat mana-mana tawaran bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf dari Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti atau ILKA, anda boleh mengemukakan rayuan secara online.
rayuan keputusan upu ipta


Permohonan e-Rayuan Keputusan UPU

Hanya calon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja yang layak membuat rayuan. Tarikh-tarikh permohonan rayuan UPU dibuka bagi ambilan sesi 2016/2017 adalah seperti berikut:
  • Bagi calon lepasan SPM/setaraf
    Untuk permohonan rayuan ke UA bagi lepasan SPM/Setaraf, rayuan ke Politeknik Premier dan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
    UPU Online Rayuan akan dibuka selepas keluar keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Ia akan dibuka untuk tempoh lima hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016.
  • Bagi calon lepasan STPM/setaraf
    Permohonan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online dijangka akan dibuka pada minggu ke-2 Ogos 2016.

Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan UPU Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

Keputusan Rayuan UPU

Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di universiti awam dan politeknik premier berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.
Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.
Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88706767 dan 03-88706777 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sila bookmark dan share.

Kredit - malaysiatercinta 

0 comment... add one now