Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA). Ia ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Syarat Kelayakan 

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami dan isteri) antara RM2,500 - RM 10,000
  3. Bujang atau berkhawin serta berumur 21 tahun ke atas
  4. Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda 

Cara Permohonan

  1. Buka akaun anda di PR1MA. Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan
  2. Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan. PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
  3. Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan
  4. Keputusan undian akan diumumkan di laman web PR1MA
  5. Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel dan SMS
  6. Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
  7. Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA

Hubungi Kami


 PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
          1st Floor, Block F, No.2, Jalan PJU 1A/7A
          Oasis Square, Ara Damansara
          47301 Petaling Jaya
          Selangor Darul Ehsan

          Pertanyaan
          No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374
          Umum / Pendaftaran / Teknikal : info@pr1ma.my
          Pendaftaran Vendor : vms@pr1ma.my
          Media : media@pr1ma.my

0 comment... add one now