Penyertaan Festival Malaysia Ke-28 kini telah dibuka


Anda mungkin berpeluang membawa pulang trofi FFM.

Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) telah membuka penyertaan untuk penggiat-penggiat seni untuk menyertai festival filem yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bermula hari hari, pembikin filem yang berminat boleh menghantar karya masing-masing untuk bertanding dalam lima kategori berikut:

i. Filem Animasi Cereka
ii. Filem Animasi Pendek
iii. Filem Cereka
iv. Filem Pendek
v. Dokumentari

Sebelum ini, calon-calon untuk setiap kategori selalunya dipilih oleh pihak dalaman tanpa sebarang penghantaran penyertaan dari orang awam.

Nampaknya FFM 28 kali ini akan tampil berbeza pada tahun ini, sekaligus dapat memeriahkan lagi industri perfileman tempatan.

Bagaimanapun, sehingga kini FFM 28 masih lagi tidak menetapkan tarikh dan lokasi yang mana sebelum ini ia berlangsung pada suku keempat setiap tahun dan dijangka tahun ini turut sama seperti FFM sebelum ini.

Penyertaan akan ditutup pada 31 Mei 2016. 

0 comment... add one now