Pemilik Rayani Air bidas Dr. Vida jangan meraih populariti 'tak mahu cuci pinggan kotor'!

10817728_194247704257703_620796882_n1
Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran telah membidas jutawan kosmetik, Dato Seri Dr Hasmiza Othman supaya tidak menggunakan syarikat penerbangannya sekadar untuk meraih populariti dengan secara terbuka. Beliau juga tidak setuju dengan kata-kata pengasas produk Qu Puteh itu yang tidak mahu menanggung beban hutang syarikat penerbangan Rayani Air.
“Ia bukan hutang, tetapi kos operasi. Dalam perniagaan mempunyai kos untuk beroperasi. Vida boleh beli saham tetapi jangan kata yang bukan-bukan macam ‘tak mahu cuci pinggan kotor’ selagi belum berjumpa dengan saya. Kalau tak nak beli, boleh cakap baik-baik. Kalau Vida masih tak mahu, beliau boleh buka syarikat penerbangan beliau sendiri. Jangan guna syarikat penerbangan seperti Rayani Air untuk meraih populariti.”
Dato Vida tengah mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air, tetapi ada syaratnya iaitu ‘tidak mahu cuci pinggan kotor’. Maksudnya beiau tidak mahu menanggung beban hutang syarikat penerbangan itu keraan ia sepatutnya diselesaikan oleh pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.
“Vida boleh ambil alih Rayani Air atau beli 51 peratus saham syarikat penerbangan ini. Tapi datang jumpa saya, berurusan dengan saya. Adakan pertemuan secara profesional.”
Apa-apa pun kita sama-sama nantikan keputusan dari Dato Vida tentang hal ini. 
Sumber : mStar

0 comment... add one now