PaySlip penyanyi Malaysia bertuah nyanyi lagu tema Angry Bird Movie

Sebelum ini kita hanya ketahui 'Angry Bird' melalui permainan di aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar sahaja. Kali ini filem animasi 'The Angry Bird Movie' bakal menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016.

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/27042016/Angry%20Bird/PaySlip%20(2).JPG

Kumpulan PaySlip yang mewakili Malaysia telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem animasi 3D tersebut iaitu lagu daripadaMatoma, 'Wonderful Life (Mi Oh My)'. Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini terlah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway. Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia pula, Warner Music Malaysia telah memilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu tema ini.

Kumpulan PaySlip yang membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh tiga (3) orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass,  dan Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar yang merupakan anggota kumpulan rock lagenda XPDC.

PaySlip sebelum ini telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify apabila diundang untuk menjadi band Malaysia yang pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan telah melancarkan album sulung mereka 'PaySlip' di Spotify pada November 2014.

Kini sekali lagi mereka telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil daripada Atlantic Records, sebuah syarikat rakaman terbesar Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia. PaySlip dan pihak Warner Music Malaysia telah diberi tempoh selama 14 hari untuk menjayakan lagu tersebut.

http://support.karangkraf.com/editorial/rem/27042016/Angry%20Bird/Matoma.jpg

“Pihak A&R Warner Music Malaysia telah berbincang dan memilih Tun Teja sebagai penerbit dan penulis lirik bagi lagu tersebut di dalam versi tempatan. Setelah proses rakaman dijalankan saya menghantar lagu tersebut kepada Nordia West dan Alhamdulillah telah diterima. Hanya sekitar 48 jam demo tersebut dihantar. PaySlip dan Tun Teja bergabung tenaga dalam 4 hari sahaja bagi menyiapkan projek Wonderful Life (Mi Oh My) ini” ujar En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) selaku Pengurus A&R Warner Music Malaysia.

Selain daripada itu, filem animasi 3D ini turut menampilkan beberapa lagu baru antaranya lagu 'I Will Survive' yang dinyanyikan oleh Demi Lovato dengan gaya tersendiri, sensai pop antarabangsa Charli XCX 'Explode', Steve Aoki 'Fight', dan 'Wonderful Life (Mi Oh My) ciptaan artis ternama dari Norway, iaitu Matoma. 'Wonderful Life' merupakan lagu single kedua di dalam album pertamanya 'Hakuna Matoma'.

Para peminat 'Angry Birds' boleh melayari ke laman sosial musical.ly dengan menggunakan #WonderfulLife untuk memenangi hadiah peluang memasuki video musik rasmi Matoma, Wonderful Life (Mi Oh My) mulai 10 Mei ini.

0 comment... add one now