Panduan peraturan nombor pendaftaran, cermin gelap dan lampu HID/strobe

Berikut adalah peraturan-peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi nombor pendaftaran kenderaan, cermin gelap dan larangan lampu HID dan strobe light.


SPESIFIKASI NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

Spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan dinyatakan dalam Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.
Cara-cara pemaparan seperti Kaedah 6 (sila rujuk infografik):
  • Pamerkan di hadapan dan di belakang secara menegak (vertical)
  • Mudah dilihat pada siang hari pada jarak:
    • 60 kaki bagi motosikal
    • 75 kaki bagi Iain-lain kenderaan
  • Mudah dilihat pada waktu malam pada jarak:
    • 50 kaki bagi motosikal
    • 60 kaki bagi Iain-Iain kenderaan
  • Saiz nombor/huruf pendaftaran dan jarak antara nombor


LARANGAN PENGGUNAAN LAMPU HID DAN STROBE LIGHT

Kaedah 94 - Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan Dan Penggunaan) 1959
Mengguna lampu HID secara retrofit dan 'strobe light' pada atau dalam kenderaan yang merupakan aksesori yang boleh menyebabkan bahaya atau mungkin menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang di atas kenderaan atau di atas jalan.
Kesalahan ini jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melibihi 6 bulan dan bagi kesalahan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.


PERATURAN BERHUBUNG PENGGUNAAN CERMIN GELAP

Berikut adalah peraturan baru cermin gelap berkuatkuasa 1 Mei 2015:
  • Ketelusan cahaya cermin hadapan: 70%
  • Ketelusan cahaya cermin sisi hadapan: 50%
  • Ketelusan cahaya cermin sisi belakang: 30%
  • Ketelusan cahaya cermin belakang: 30%
Bagi pemunya berdaftar atau pemandu yang gagal mematuhi peruntukan berhubung dengan penggunaan cemin gelap:
(a) kesalahan ini jika disabit boleh didenda tidak melebihi RM500 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 minggu bagi kesalahan pertama; dan
(b) didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Peraturan nombor pendaftaran cermin gelap dan lampu strobe thumb
Klik imej untuk gambar penuh
Sumber: www.astroawani.com dan JPJ

0 comment... add one now