Panduan mudah memulakan bisnes air balang

Assalammualaikum & salam hormat buat anda… seorang usahawan atau bakal usahawan!
Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelang tiba! Selepas itu, di ikuti pula dengan bulan Syawal! Bulan Hari Raya!
Sudah pastinya… apabila tiba musim hari raya.. nak tak nak.. perbelanjaan keluarga akan bertambah! Baju raya anak-anak, kuih raya, duit raya nak bagi pada ibu-bapa serta anak-anak buah, kos minyak & tol nak balik kampung lagi. Pendek kata.. memang banyak nak kena pakai duit!
Jadi.. satu soalan yang akan sering muncul di kepala anda… Mana nak cekau duit?
Usah binbang! Izinkan saya mencadangkan kepada anda satu bisnes yang agak mudah dilakukan, bermodal kecil namun mampu memberikan pulangan serta keuntungan yang lumayan.
Iaitu… Bisnes Menjual Air! Atau lebih dikenali sebagai…. Bisnes Air Balang!
Untung Ke Jual Air?.
Tak perlu banyak kita cuba dengan hanya menjual 3 balang air sahaja!
Ya! 3 balang air sahaja!
Dengan panduan dan bertawakal keatasnya insha allah ketiga-tiga balang air akan habis licin dijual!
Dengana “STRATEGI RAHSIA” yang anda akan pelajari..tentunya!i
Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh… Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120… Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain…. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini… selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.
Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?
Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir… “Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000… Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!”
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir… Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta “evo” anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula..

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual “sold-out” berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga “Otai” orang kata….. Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!
Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah… TAPI..
Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!
Jadi!..
Macam mana nak tarik pelanggan?
Macam mana nak buat air yang sedap?
Macam mana nak jimatkan kos?
Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Banyak persoalanya bukan…Oleh itu anda perlu rujukan yang akan memberikan anda panduan yang lengkap di dalam memulakan dan menjalankan bisnes air balang ini!
Panduan ini terdapat banyak ilmu serta tips yangd ikongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.
Dengan info-info real dari seorang “usahawan yang real” yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah “ebook teori” atau “ebook resepi oleh chef” yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.
BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
Dalam bab permulaan ini, Ditunjukkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya ditunjukkan dalam bab ini! Siap sekali dengan contoh gambar sijil & resit!
Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga ada di tunjukkan kos anggarannya disini!
Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjungan yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.
Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini ditunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. juga turut diberikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
Ada 5 Tips “REAL” yang dikongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.
Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!
Selain itu,turut dikongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
BAB 5 : RESEPI 8 JUS BEST SELLER
Di dalam bab ini dikongsikan “8 Resepi Jus Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada ditunjukkan.
8 Resepi Jus Buah tersebut adalah…
Jus Mangga
Jus Tembikai Susu
Jus Tembikai
Jus Carrot Susu
Jus Asam Boi & Limau Kasturi
Jus Mata Kucing
Jus Air Jagung
Jus Nenas Madu
BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS
Ada 7 tips sulit yang dikongsikan di dalam bab ini! Apakah sebabnya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi dalam bab 5 sebelum ini.
Dalam bab ini juga, tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!
Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? J
BAB 7 : CASE STUDY – BAGAIMANA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
Ini adalah bab yang paling menarik di dalam panduan ini. Di dalam bab ini, diceritakan semua strategi serta apa yang dilakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!
Balang air jenis apa yang saya gunakan?
Air apa yang saya jual?
Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
Apa teknik yang saya gunakan untuk menarik pelanggan?
Dimana lokasi strategik serta bagaimana saya menyusun balang air?
Bagaimana gandakan keuntungan saya sehingga 3 kali ganda?
Semuanya dibongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!
Begitu banyak ilmu serta rahsia yang terbongkarkan di dalam panduan bisnes air balang,! pasti anda akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang! Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat “trial & error”.
Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda! ini.
Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?
Nak dapatkan butiran lanjut, sila layari……

0 comment... add one now