Panduan cara solat Sunat Tarawih sendirian di rumah

Panduan Cara Solat Sunat Tarawih Sendirian Di Rumah

Tinggal beberapa hari ja lagi, umat Islam akan menunaikan kewajipan hukum Islam yang ke-3. Bagi setiap muslim tak akan lepas dari untuk menunaikan solat sunat Tarawih yang hanya ada pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih baik kita menunaikan secara jemaah, tapi entri kali ini hanya mengajar cara solat sunat Tarawih sendirian di rumah.

Apakah hukum menunaikan Solat Tarawih???  adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan  oleh orang-orang  Islam  lelaki  dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Panduan Cara Solat Sunat Tarawih

Waktu Solat Sunat Tarawih ialah  selepas  menunaikan  solat  fardu  Isyak  dan 
sunat ba’diah dua rakaat. Pada  umumnya  masyarakat  Islam  di  Malaysia 
mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat,  tetapi  ada  juga  yang  hanya  menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.

Rukun  solat  sunat  Tarawih  ini  samalah  dengan rukun solat yang lain juga.


Solat Sunat Tarawih Bersendirian

Cara Solat Sunat Tarawih Bersendirian

Sila rujuk soal jawab agama yang dikongsikan dariLaman Soal Jawab Agama untuk cara-cara melakukan solat sunat tarawih secara bersendirian atau berseorangan. 

Soalan; saya ada dua soalan;

  • 1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
  • 2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;


1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.


Wallahu a’lam.


Kredit - laman soal jawab agama 

0 comment... add one now