Nutrisi penting patut diambil ketika wanita sedang haid



ADAKAH anda tahu bahawa amat penting bagi wanita untuk mengekalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang sering dialami wanita semasa sedang haid?
Pada tempoh haid yang normal, wanita akan kehilangan darah lebih kurang antara 10-80cc darah dalam sehari. Jika mengalami haid yang lebih berat akan menyebabkan kehilangan darah lebih banyak.
Kehilangan darah tersebut perlu diganti dengan nutrisi dan meminum air dengan kuantiti yang banyak.
Pengambilan kalsium perlu dipastikan dalam kuantiti yang cukup dan ia kalsium yang baik boleh didapati daripada susu rendah lemak, soya atau susu beras. Kalsium membantu mengekalkan keanjalan otot dan mencegah kekejangan dan sakit perut.
Pengambilan karbohidrat kompleks seperti roti gandum, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Masalah lain yang sering dialami semasa haid adalah sembelit (susah buang air besar). Makanan yang boleh membantu mengurangkan gejala tersebut adalah sayur-sayuran.
Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan. Makanan yang mengandung magnesium seperti kekacang dan tauhu. Magnesium boleh mengoptimalisasi kapasiti tubuh dalam menyerap kalsium dan mengurangkan kekejangan perut.
Pengambilan vitamin E, antioksidan yang dapat mengatasi beberapa gejala pre haid dan juga member manfaat pada sistem peredaran. Makanan yang mengandungi vitamin E termasuk avokado, kuning telur dan hati.
Kemudian makanlah makanan yang kaya vitamin B6 seperti kentang dan pisang yang akan membantu metabolisma protein dan sel darah merah dan boleh mengatasi kemurungan.
Pastikan anda mendapatkan vitamin C dan zinc yang cukup, kerana zat pemakanan tersebut merupakan penyokong kesihatan sel telur wanita dan sistem pembiakan. 

0 comment... add one now