Neelofa Tampil Jelaskan Isu Pakai Baju Jarang Di Istanbul

7-Neelofa-Jawab-Kritikan-Pakai-Baju-Jarang-Di-Turki-jpeg-700x420
Dah nama pun artis kan, sah-sah lah kalau apa yang dipakai oleh mereka akan menjadi buah mulut pengikut-pengikutnya. Bukan pakaian je tau, banyak benda juga yang boleh diguna pakai oleh pengikut ni.
Haa baru-baru ni kemain kecoh pasal gambar Neelofa yang dikatakan seksi kerana menampakkan baju dalamnya ketika dia sedang bercuti di Istanbul. Nampak tak betapa tajamnya mata sesetengah orang ni sampai baju dalam pun boleh nampak.
Nak dijadikan cerita benda tu telah ‘mencampakkan’ nama Neelofa dalam kontroversi. Hmm tapi kalau difikir secara logiknya, tak akan lah Neelofa nak pakai macam tu sedangkan dia tahu yang dia tu artis dan seorang wanita yang berhijab.
Mungkin ada yang dah salah faham dengan penampilan Neelofa. Tak boleh nak salahkan orang luar juga sebab kita semua ada je buat salah. Mana lah tahu pengikut Neelofa pun ada tersalah pandang ke apa kan?
Disebabkan isu yang tengah hangat diperkatakan tu, Neelofa telah tampil untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya. Gambar dia dengan baju berwarna putih itu mungkin terlalu nipis sehingga menyebabkan ternampak baju didalam yang berwarna merah jambu. 
Neelofa menegaskan bahawa dirinya telah memakai dua lapisan inner didalam, dan dengan cuaca yang sejuk dekat Istanbul tu mana mungkin dia boleh memakai baju yang nipis.
Kesian Neelofa sebab ada sahaja yang tak puas hati dengan penampilan dia. Tapi tak apa, tu maksudnya masih ada lagi peminat yang sentiasa mengambil berat tentang Neelofa. Apa-apa pun kita kenalah ambil semua teguran secara positif ye. 

0 comment... add one now