Neelofa jangka 30 tahun paling lambat kahwin, 33 tahun ingin anak!


Pelakon dan pengacara popular, Neelofa sudah mula berfikir untuk berkeluarga dan berhasrat ingin bersara dari dunia perniagaan kerana ingin fokus kepada diri dan merancang masa depan dengan baik. Kata Neelofa, jangka umur untuk mendirikan rumah tangga kemungkinan pada usia 30 tahun paling lambat dan mengiginkan anak ketika berusia 33 tahun.
 
Saya nak fokus pada keluarga, melancong dan mempelajari kursus tertentu dalam jangka masa pendek. Saya nak jadi Neelofa yang lain daripada sekarang ini di mana saya akan lebih fokus pada diri,”
 

Sementara itu, Neelofa juga menjelaskan populariti sebagai artis ini ibarat racun dan madu dan perlu berhati-hati dalam apa jua perilaku terutamanya ketika ingin memberi sebarang kenyataan.
 
Neelofa juga antara artis Malaysia yang berjaya dan kurang menjebakkan diri dalam pelbagai gossip yang boleh mencalarkan imejnya. Kami doakan Neelofa cepat bertemu jodoh dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Semoga hasrat dan impian yang dinyatakan tertunai dalam masa terdekat ini. 

0 comment... add one now