Myvi model Advance hadir warna baharu dan harga istimewa



Sempena Kempen Love of the Nation, Perodua telah mengumumkan harga istimewa untuk model Myvi 1.5L dengan penjimatan sehingga RM3,650 untuk Myvi 1.5SE dan RM3,800 untuk model Advance.
Tawaran itu berlangsung dari 7 Mei hingga 5 Julai 2016. Di bawah ialah senarai harga terbaharu:
myvi prices
Myvi-Advance_Two-Tone_Rear
Selain dari itu, model Advance kini datang dengan warna dua-tona yang menarik – Hitam Metalik Ebony dengan Biru Elektrik, dengan harga RM55,118.
Walau bagaimanapun, Perodua akan menghentikan penjualan model 1.3L Premium X (automatik) dan Premium XS (Automatik) kerana kurang mendapat sambutan.
Di samping itu, Perodua turut mengadakan hari terbuka “Riuh Bersama Perodua” pada hari ini (7 Mei) dari jam 9.00am ke 5.00pm. Datang ke dewan pameran Perodua dan nikmati makanan yang sedap, hadiah-hadiah menarik, promosi hebat dan lihat sendiri aksesori-aksesori baharu untuk pelanggan Myvi dan Axia sempena musim perayaan yang akan datang!
Customer Day_Riuh Bersama Perodua

0 comment... add one now