Murtaza Ahmad budak lelaki peminat Messi, terpaksa tinggal Afghanistan, diugut culik!


Murtaza Ahmadi










Murtaza Ahmadi, pernah menjadi sensasi internet selepas gambarnya memakai kemeja -t bintang bola sepak Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik, menjadi viral di seluruh dunia hinggakan Messi sendiri terharu.

Namun kini Murtaza terpaksa meninggalkan kampung halamannya di Afghanistan. Kanak-kanak berusia lima tahun itu menjadi sasaran penculik selepas dia menjadi terkenal.

Keluarganya juga mendakwa mereka sering menerima ugutan menerusi telefon. Keadaan itu mengakibatkan mereka terpaksa berpindah ke Pakistan, dengan harapan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Hidup kami menjadi semakin sukar. Keluarga saya tidak mahu berpindah tetapi ancaman yang diterimanya menjadi semakin serius,” kata bapanya, Ahmadi. Menurutnya, dia bimbang akan keselamatan Murtaza selepas kanak-kanak itu menjadi terkenal.

Keluarga itu telah berhijrah ke Islamabad namun disebabkan kos hidup yang tinggi, mereka terpaksa berpindah ke Quetta.
“Saya telah menjual semua harta saya dan membawa keluarga kami keluar dari Afghanistan demi menyelamatkan nyawa anak saya,” katanya.

Awal bulan lalu, Persekutuan Bola Sepak Afghanistan telah berjanji untuk mengatur pertemuan antara Mustaza dengan Messi,
Terdapat laporan sebelum ini bahawa Messi akan datang ke Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan ataupun Mustaza akan diterbangkan ke Barcelona, di mana Messi bermain untuk kelabnya.




0 comment... add one now