Murah ja cafe eat & repeat, semua menu harga RM1.90 weh!



Kalau bab-bab makanan murah ni, memang kena ambil tahu. Al maklumlah, zaman sekarang , semua barang boleh dikatakan mahal. Jadi, kalau dah jumpa port makanan yang murah dan sedap ni, memang wajib pergi lah kan? Tak pergi rugi ! 
 

Buat pengetahuan umum, terdapat satu café yang berkonsepkan ala-ala boat noodle tetapi sebenarnya bukan. Konsep je sama, tetapi nama kedai sebenar ialah EAT & repeat. Nama kedai pun dah boleh tahu sekali makan memang tak cukup, itu bermaksud, anda akan makan berulang kali sebab harganya memang terlajak murah.  Café ini menghidangkan pelbagai jenis menu  termasuk nasi dan apa yang paling penting, semua menu cuma berharga RM 1.90 semangkuk. Fuh ! boleh ambil sebanyak mungkin dengan pelbagai pilihan menu yang ada !
 

Café ini berlokasi di pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Senang aje,nak cari sebab café ini bertempat di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga pelajar Universiti. Haa untuk pelajar memang sesuai, murah sedap dan sangat berbaloi ! korang dah pernah pergi belum? Tengok tu, menu semua harga RM 1.90 weh! 

0 comment... add one now