Misteri viral 10 ayam hutan mati berjemaah 'bunuh diri'?


BARU-BARU ini, kecoh apabila beberapa keping gambar yang memaparkan 10 ekor ayam hutan ditemui mati ‘berjemaah’ di kawasan sebuah kilang di Tangkak, Johor, tersebar menjadi viral di laman Facebook.

Difahamkan, kesemua ayam hutan berkenaan mati gara-gara merempuh pintu kaca kilang berkenaan.

Insiden yang berlaku pada Selasa itu sekali gus mengundang tanda tanya ramai termasuklah ada yang beranggapan itu adalah salah satu petanda yang tidak baik.
Susulan itu, seorang jurucakap kilang yang enggan dikenali tampil mendedahkan bahawa kejadian seumpama itu tiada yang aneh.
Ia berikutan kilang itu terletak berhampiran hutan paya bakau dan kebiasaannya berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu.
“Tiada kemalangan lain berlaku kecuali 10 ayam hutan berkenaan, namun kebanyakan pekerja kilang menganggap perkara itu biasa dan sedar mengenainya.
“Ramai pekerja kilang pernah melihat ayam hutan mati dilanggar kereta atau motosikal di kawasan berhampiran,” katanya kepadaHarian Metro.
Tambahnya, kejadian ayam hutan mati itu berlaku pada waktu pagi dan petang namun, kebanyakan mereka tidak mengetahui punca kejadian sebenar.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar Daerah Ledang memberitahu, pihaknya memandang serius kejadian itu dan akan mengambil sampel untuk mengetahui punca haiwan berkenaan mati. – MYNEWSHUB.CC
Misteri viral 10 ayam hutan mati berjemaah 'bunuh diri'?

0 comment... add one now