Misteri gadis ini bersin sebanyak 12,000 sehari

katelyn-thornley


Bersin selalunya terjadi apabila kita dijangkiti selsema atau alahan kepada habuk. Ada juga orang yang menghidap resdung akan bersin berlanjutan. Doktor akan bagi ubat dan bersin akan sembuh.

Tetapi anda pasti tak akan percaya jika gadis ini bersin sebanyak 12,000 sehari. Doktor bingung apabila melihat keadaan Katelyn Thorley yang menyebabkannya bersin sebanyak 20 kali seminit.

Bersin yang terlalu kerap menjadikan abdomen badannya sakit. Selama sebulan dia telah berjumpa enam orang doktor dan tiada seorang pun yang tahu apakah punca utama yang menjadikan Katelyn begini.
“Pada mulanya saya bersin, saya ingatkan ianya sekadar alahan. Tapi sekarang ianya semakin serius. Saya sakit perut, kaki saya sakit dan badan menjadi lemah hingga saya tidak mampu untuk makan.”

“Kadang-kadang rasa nak cabut kepala dari badan untuk sementara waktu supaya saya boleh lihat diri saya tidur walaupun dalam mimpi pun saya bersin.” Tengok video selanjutnya kat bawah ni.

0 comment... add one now