Minum air semasa makan, adakah baik atau buruk?


minum air semasa makan
Terdapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa minum minuman semasa makan adalah buruk untuk kesihatan dan sistem pencernaan anda.
Manakala, sesetengah pihak lain menambah: ia menyebabkan toksin terkumpul, membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Tetapi, bolehkah segelas air mineral memberikan kesan negatif kepada badan, sekiranya diambil dengan makanan?
Ataupun, ia tidak lebih daripada satu mitos?
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan sama ada perkara ini, minum air semasa makan, boleh diguna pakai ataupun tidak.

Asas Sistem Pencernaan Yang Sihat

Untuk memahami kenapa air boleh menjejaskan kesihatan, pertama kita perlu tahu bagaimana sistem pencernaan kita berfungsi.
Pencernaan bermula di bahagian mulut, sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan. Pergerakan mengunyah akan meransang kelenjar air liru untuk menghasilkan air liur (saliva), yang mengandungi enzim, membantu anda mencerna (break down) makanan.
Air liur akan membantu melembutkan makanan yang kita makan, memudahkannya untuk melalui esophagus dan ke dalam perut.
sistem pencernaan badan
Sumber: Authority Nutrition
Semasa ia di dalam perut, makanan yang dimakan akan bercampur dengan cecair gastrik berasid, yang akan memecahkannya – kemudian menjadi chymeChyme akan pergi ke bahagian pertama dalam usus kecil.
Di dalam usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan dari pancreas dan hempedu (bile) dari hati. Cyme akan dicerna lagi, sehingga nutrisinya boleh diserap ke dalam darah.
Kebanyakan nutrisi diserap masuk sebagai chyme, semasa ia melalui usus kecil. Hanya sebahagian kecil nutrisi sahaja yang akan diserap semasa di usus besar.
Sebaik sahaja nutrisi berada dalam saluran darah, ia akan diagihkan kepada beberapa tempat dalam badan. Pencernaan berakhir apabila bahan lebihan dikeluarkan daripada rektum.
Bergantung kepada apa yang anda makan, proses pencernaan ini boleh mengambil masa selama 24 hingga 72 jam.

Adakah Minum Semasa Makan Mendatangkan Masalah?

Tidak dinafikan bahawa pengambilan air yang mencukupi setiap hari sangat penting kepada sistem badan.
Namun, beberapa pihak menyatakan BILA kita minum itu merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira. Bahkan mereka menyatakan bahawa minum semasa makan adalah satu amalan yang tidak sihat.
Di bawah adalah 3 faktor kepada kenapa minum semasa makan boleh mengganggu sistem penghadaman dan pencernaan anda.

Minuman Berasid Boleh Menjejaskan Saliva

Sesetengah orang menyatakan bahawa sekiranya kita minum minuman berasid, ia mudah mengeringkan saliva kita – lantas menyukarkan badan kita untuk mencerna makanan yang dimakan.
Ada betulnya juga. Cuma ia ketara sekiranya tahap asid itu tinggi ataupun pengambilan air itu banyak.
Namun, sekiranya anda minum dalam kadar yang sedikit, ia tidak memberikan kesan yang banyak dalam proses pencernaan.

Air Masak Boleh Kurangkan Keberkesanan Enzim

Kita biasa dengar orang mengatakan bahawa minum air masa semasa makan atau selepas makan boleh [[dilute]] asid perut dan enzim pencernaan. Perkara ini menyukarkan badan untuk mencerma makanan.
Kenyataan ini ingin memberitahu bahawa badan/perut kita tidak boleh sesuaikan kadar penghasilan enzim dengan kadar bendalir di dalam perut – kenyataan ini SALAH.

Air Dan Kadar Penghadaman

Faktor ketiga yang orang katakan tentang perkara ini adalah kehadiran air dalam makanan memudahkannya untuk keluar dari perut. (mudah untuk buang air besar)
Mereka beranggapan bahawa pengurangan jangka masa makanan di dalam perut boleh menyebabkan penghadaman terganggu, tidak sempurna.
Walaupun kita fikir ianya adalah logik, tetapi tiada bukti dan kajian saintifik yang dijalankan untuk membuktikan kenyataan tersebut.
Air memang lebih senang untuk dihadam berbanding makanan, tetapi menjejaskan proses penghadaman satu sama lain.

Minum Air Semasa Makan : Kadang-Kala Boleh Membantu Penghadaman

Bendalir seperti air boleh membantu anda memecahkan makanan yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil, memudahkannya untuk bergerak dari esophagus ke perut.
Pada masa yang sama ia mencegah perut buncit dan sembelit. Lagipun, perut akan mengeluarkn air beserta dengan enzim – ini menunjukkan bahawa kehadiran air membantu enzim tersebut berfungsi dengan lebih optimum.

Air Boleh Mengurangkan Selera dan Pengambilan Kalori

Minum air semasa makan boleh membantu anda mengurangkan pengambilan makanan semasa makan – lantas membantu anda mengurangkan berat badan, sekiranya betul caranya.
Tambahan lagi, dalam satu kajian selama 12 minggu mendapati bahawa peserta yang minum 500ml air sebelum makanmengalami penurunan berat badan 2kg lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak.
Kajian lain turut mendapati bahawa dengan minum air, ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 24 kalori untuk setiap 500ml air yang diminum.
Cuma anda perlu faham bahawa air yang dinyatakan adalah merujuk kepada air masak, dan bukannya air bergula atau yang mengandungi kalori.

Sesetengah Orang TIDAK PATUT Minum Air Semasa Makan

Untuk kebanyakan orang, minum air semasa makan tidak memberikan kesan yang negatif kepada sistem pencernaan.
Walaupun begitu, sekiranya anda menghidap penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD), maka minum air semasa makan perlulah dielakkan.
Hal ini kerana air/bendalir boleh meningkatkan isi padu di dalam perut, yang mana boleh meningkatkan tekanan dalam perut, sama keadaan dengan pengambilan makanan berlebihan.
Perkara ini boleh membawa kepada asid reflux bagi penghidap GERD. Kalau anda info lebih lanjut boleh kemukakan di ruangan komen.

0 comment... add one now