Mimpi ngeri Meghan Trainor jatuh tergolek dalam program TV Live

JAUH tergolek dalam rancangan siaran langsung televisyen merupakan mimpi terburuk yang kalau boleh cuba dielakkan oleh mana-mana selebriti terkenal di seluruh dunia.
Pengalaman ini terjadi baru-baru ini kepada penyanyi popular, Meghan Trainor yang jatuh tergolek selepas menghiburkan penonton program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon dengan single terbaharunya, Me Too.
Gagal seimbangkan badan, Meghan jatuh terlentang namun mujur kemudiannya ‘diselamatkan’ oleh hos Jimmy Fallon yang turut sama berbaring dengannya di atas pentas.
Nasiblah Jimmy pandai beri reaksi spontan, kuranglah sikit malu Meghan depan penonton-penonton tu semua… – MYNEWSHUB.CC



0 comment... add one now